Ahad, 27 Julai 2008

Untuk Maklumat Lanjut..Sila Hubungi...

Untuk sebarang maklumat, sila hubungi talian pengurusan kami :-
  1. Tuan Haji Reduan bin Tuah - Pengerusi Eksekutif Kem Alapong - 0128945584
  2. Encik Rezal Amali bin Reduan - Pengarah Pentadbiran - 0123696165/0194539235
  3. Encik Mohamad bin Bujang Mahadi - 0198786380
  4. Encik Arbi bin Tuah - 0198766343
  5. Encik Ali@Putit bin Taha - 0194530541
atau di alamat surat-menyurat:-

PERUSAHAAN 'K' ALAPONG
LOT 932/933, PANTAI PANDAN
LUNDU 94500
P.O.BOX 17, SARAWAK

Modul-modul...

Antara modul-modul yang disediakan di Kem Alapong ada seperti: -
  • Program Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) dan Semangat Berkumpulan
  • Program Kepimpinan Pelajar
  • Program Motivasi Pelajar dan Jati Diri
  • Program Kecemerlangan Sahsiah Pelajar
  • Summer Camp
Kami juga menyediakan khidmat catering ala kampung yang menjanjikan keunikan dan kelazatan serta kepuasan para pelanggan.

Kemudahan... Keselasaan @ Alapong







Antara kemudahan yang disediakan oleh Kem Alapong....



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..!

Bertemakan pembuka yakni akronim kepada perkataan PENGEMBARAAN, BUDAYA dan KEASLIAN, KEM ALAPONG sebenarnya beriltizam untuk muncul sebagai sebuah kem latihan yang unik, menarik dan berdaya maju.

Jauh dari hiruk pikuk kota, terletak di lokasi strategik di tepi Pantai Lundu kira-kira seratus (100) km dari Bandaraya Kuching. KEM ALAPONG yang berkonsepkan kampung mengajak para pengunjung dan peserta untuk menikmati kesegaran udara, kecantikan alam semulajadi dan suasana kehidupan kampung sebagai satu destinasi yag menjanjikan sejuta kenangan yang manis.

Pantainya yang cantik lagi indah menghadap Laut China Selatan dan berlatarbelakang kehijuan Gunung Gading membawa para pengunjung dan peserta merasai akan kebesaran ciptaan Tuahn yang Maha Agung.

Bermula dengan sebuah rumah kayu yang di bina di atas tanah seluas dua setengah ekar, Kem Alapong pada hari ini telah berubah menjadi satu pusat latihan yang menyediakan pasarana yang cukup bagi mengadakan sebarang aktiviti kursus dan seminar yang dapat menampung 60 hingga 100 orang peserta dalam satu masa.