Ahad, 27 Julai 2008

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..!

Bertemakan pembuka yakni akronim kepada perkataan PENGEMBARAAN, BUDAYA dan KEASLIAN, KEM ALAPONG sebenarnya beriltizam untuk muncul sebagai sebuah kem latihan yang unik, menarik dan berdaya maju.

Jauh dari hiruk pikuk kota, terletak di lokasi strategik di tepi Pantai Lundu kira-kira seratus (100) km dari Bandaraya Kuching. KEM ALAPONG yang berkonsepkan kampung mengajak para pengunjung dan peserta untuk menikmati kesegaran udara, kecantikan alam semulajadi dan suasana kehidupan kampung sebagai satu destinasi yag menjanjikan sejuta kenangan yang manis.

Pantainya yang cantik lagi indah menghadap Laut China Selatan dan berlatarbelakang kehijuan Gunung Gading membawa para pengunjung dan peserta merasai akan kebesaran ciptaan Tuahn yang Maha Agung.

Bermula dengan sebuah rumah kayu yang di bina di atas tanah seluas dua setengah ekar, Kem Alapong pada hari ini telah berubah menjadi satu pusat latihan yang menyediakan pasarana yang cukup bagi mengadakan sebarang aktiviti kursus dan seminar yang dapat menampung 60 hingga 100 orang peserta dalam satu masa.


Tiada ulasan: